Amalan Sepanjang Hayat Setiap Malam Dan Siang Sebagai Muslim Istiqamah - Jom Affiliate 24/7

Latest

Thursday, 15 February 2018

Amalan Sepanjang Hayat Setiap Malam Dan Siang Sebagai Muslim Istiqamah


Assalamualaikum.

Kita masih lagi dalam entri sambungan amalan sepanjang hayat. Saya ada sedikit lagi mahu berkongsi dengan pembaca yang singgah di blog. Kebetulan hari ini Khamis malam Jumaat. Boleh kita mulakan beramal pada malam ini. In syaa Allah.

Seperti entri sebelum, ini semua saya tulis dan kongsi semula semata-mata untuk anda yang belum tahu dan pada mereka yang saya percaya kemungkinan sudah tahu. Semua ini ditulis kembali sepertimana tertulis dalam buku kecil Amalan Sepanjang Hayat Cetakan April 1993.

BACAAN PADA SETIAP MALAM DAN SIANG
  • Yaasin
  • Al-Mulk
  • Al-Waqiah
  • Ad-Dukhan

BACAAN PADA MALAM DAN HARI JUMAAT

Pada malam Jumaat:
  • Yaasin
  • Ad-Dukhan
  • Al-Kahfi
  • Al-Jumuah (Surah 62)

Pada Hari Jumaat:
  • Yaasin
  • Ad-Dukhan
  • Al-Kahfi (dihapuskan dosa diantara dua Jumaat)
  • Hud (Surah 11) - Salah satu surah yang utama

TINGKATAN BACAAN AL-QURAN


Kita berada di tingakatan mana?
  • Jutawan - Membaca 300 hingga 1000 ayat tiap malam.
  • Jayawan - Membaca 200 hingga 299 ayat.
  • Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat.
  • Pemelihara - Membaca 50 hingga 99 ayat.
  • Yang Ingat - Membaca 10 hingga 49 ayat.
  • Yang Lalai - Membaca 0 hingga 9 ayat.

Akhir sekali saya kongsi kelebihan seorang hamba Allah dikurnia suara merdu. Kalian yang belum mengenali Harris J yang selain pemuzik berkonsep dakwah Harris J ( *You Are My Life adalah lagu paling saya suka) dalam sisi yang istimewa mengalunkan surah Ar-Rahman. Must listen!





Come & Read The Quran,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!