Amalan Sepanjang Hayat Setiap Pagi Dan Petang Seorang Muslim - Jom Affiliate 24/7

Latest

Tuesday, 13 February 2018

Amalan Sepanjang Hayat Setiap Pagi Dan Petang Seorang Muslim


Assalamualaikum.

Hari Selasa yang indah. Semoga pembaca semua sihat, tenang dan penuh energi dalam meneruskan rutin harian. Sudah baca yang saya kongsi Amalan Setiap Malam? Kerana pagi ini saya kongsikan pula Amalan Setiap Pagi Dan Petang. Semoga kita rajin dan istiqamah mengamalkannya agar ia menjadi habit selaku muslim muslimah. Biiznillah.



Bacaan Al-Quran Pada Masa Tertentu Mengikut Sunnah Pada Waktu Pagi Dan Petang Menurut Amalan Sepanjang Hayat Cetakan April 1993.


1.      Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga al-quran; di baca 10 kali akan dibina istana di syurga.

2.      Al-Falaq- dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.

3.      An-Naas – Sama seperti Al-Falaq.

4.      Kursi (Al-Baqarah 255) -  pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran; jika dibaca setiap kali selepas solat akan dimasukkan ke syurga; setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.

5.      Al-Mukmin (Ayat 1-3: Surah 40) – Untuk keselamatan.



6.      Al-Hasyr (Ayat 21-24:Surah 59) – Apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.


7.      Ar-Ruum (Ayat 17-19: Surah 30 – Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siang dan malam.



8.      Al-Mukminun (Ayat 115-118:Surah 23)



9.      At-Taubah (Ayat 128-129: Surah 9)


Selamat Beramal!

Oh ya, sebelum itu bagi yang meminati muzik jom kita dengar alunan Keampunan oleh Zim Ezuan yang popular dengan lagu La Tahzan. Happy listening.




Mohon Keampunan dari-MU,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!