Amalan Sepanjang Hayat Wirid Sepuluh Demi Ketenangan - Jom Affiliate 24/7

Latest

Friday, 23 February 2018

Amalan Sepanjang Hayat Wirid Sepuluh Demi Ketenangan



Sedikit lagi saya mahu kongsi apa yang ada dalam buku Amalan Sepanjang Hayat (ASH) Cetakan April 1993. Dalam muka surat 73 saya terjumpa wirid ini bersama maksud. Cuma sebaik saya lakukan carian Google dengan keyword 'wirid sepuluh' ditakdirkan bertemu informasi sedikit berbeza hasil perkongsian seorang ustaz. Walaubagaimana pun saya mahu juga kongsi dengan ambil keputusan memilih perkongsian Ustaz Rizam untuk manfaat bersama pembaca setia. Imej di atas saya PrtScn sendiri untuk memudahkan kita baca dan hayati wirid ini dengan lebih baik.

Kehidupan Tenang Dan Barakah

Menurut Ustaz Rizam dalam video di bawah beliau perolehi wirid ini daripada ayahanda beliau sendiri iaitu Almarhum Ustaz Ghazali Bin Hasbullah. Cara mengamalkannya adalah  dibaca selepas waktu Asar dan selepas waktu Subuh. Di mana setiap satu wirid ini dibaca sebanyak 10 kali.

Ada rasa kurang tenang? Anda mahukan sebuah kehidupan yang tenang dan barakah? Jom amalkan wirid ini yang dinamakan Wirid Sepuluh. In syaa Allah.

Video Bacaan Wirid 10 Oleh Ustaz Ahmad Rizam Ghazali




Kekuatan Kita Terletak Pada "Ingat Allah, Allah Akan Ingat Pada Kita"

Surah Al-Baqarah (Ayat 152)



2 comments:

  1. sumber kekuatan seseorang biasanya terletak ingatan kepada Allah terutama dalam menghadapi ujian iman,maksiat dan sesuatu yang Allah SWT larang..

    ReplyDelete
  2. ...ya betul tu .Untuk amalan diri sendiri dan semua.Moga bermanfaat untuk bekalan hari(abadi) di sana kelak.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!