Apakah Cara Yang Patut Kita Ambil Untuk Mula Bisnes Homestay? - Jom Affiliate 24/7

Latest

Monday, 26 February 2018

Apakah Cara Yang Patut Kita Ambil Untuk Mula Bisnes Homestay?


JUTAWAN HOMESTAY | Bagaimana cara nak jadi kaya dengan homestay? Boleh kaya ke dengan bisnes homestay? Apakah Tip memulakan bisnes homestay yang sebenar? Sebenarnya saya mahu beritahu anda dan kongsikan hari ini juga kerana Jawapannya adalah YA jika anda tertanya-tanya boleh jadi kaya?  Boleh buat duit dengan homestay? Di Malaysia terlalu banyak homestay yang ada tapi homestay yang betul-betul berjaya sukses dan menjadi pilihan pelanggan belum cukup banyak. Jadi apa kata anda jadi orang pertama untuk mulakan bisnes homestay dengan cara mudah iaitu baca panduan perkongsian saudara Faridil Altras seorang usahawan terkenal Malaysia dalam perniagaan homestay. Jom ikuti kisah beliau yang saya dapat dalam emel 10 hari lalu.

Siapakah Penulis Panduan Jutawan Homestay?

Nama saya sebenarnya  Faridil Altras.... Tapi nak mudah sembang. Boleh je panggil saya ...Farid!

En. Farid ke? Tuan Farid ke? Bro Farid ke?... saya ok je! :)

Saya sebenarnya dah start buat Homestay ini sejak tahun 2014. Nak kata lama, tak lama juga dan nak kata baru pun, tak baru juga.
 

Tapi Alhamdulillah, dalam masa 4 tahun menjalankan bisnes Homestay ini, saya dah berjaya kembangkan bisnes saya dari 1 buah homestay.. menjadi kepada 8 buah.

Sebenarnya, pernah ada lebih sampai 12 buah, tetapi disebabkan ada beberapa masalah yang berlaku, maka saya terpaksa menutup beberapa homestay saya setelah beberapa bulan ia dibuka. Ianya menjadi pengalaman yang sangat berharga buat saya. Pasal kes tutup homestay ini, insyallah nanti saya akan cerita pada masa akan datang... :)

Nak kira pengalaman tu... ada banyaklah juga pengalaman dan kisah urus homestay ini!



Dari pengalaman homestay kosong takde orang tempah, hinggalah kepada sampai tempahan terlebih-lebih... siap ada, pada satu masa tu.. 2 orang sekali tempah pada hari yang sama! Bayangkan... dalam satu hari tu, tiba-tiba, ada 2 keluarga berbeza datang nak masuk rumah yang sama. Dua-dua dah tempah dan bayar! Memang haru jadinya masa tu!

Memang saya akui, masa tu, cara saya urus homestay masih berterabur lagi.... jadi, tak perasan terbuat double booking.

Selepas kejadian tu, barulah saya tekad dan mencari jalan membina sistem pengurusan yang lebih teratur!

Banyak lagi kisah pasal homestay ini kalau nak cerita. 3 hari 3 malam pun belum tentu habis cerita.. tetapi itulah serba sedikit kisah & pengalaman saya!

Oh ya! Lupa saya nak bagitahu... nama homestay saya tu ialah Fardain Place.  Boleh search di google nama tu, Nanti akan jumpa website dan boleh lihat gambar-gambar homestay saya.


Untuk memudahkan Madam B , saya belanja sedikit gambar-gambar homestay saya.



Haaaa...dah baca? Nampak tak apa kata beliau sendiri? Sebelum ini saya ada kongsi serba sikit foto homestay Tuan Farid dalam post ini.

Kenapa Mesti Baca Panduan Bisnes Homestay? 

Ada banyak sebab tapi berikut saya kongsi persoalan yang selalu orang tanya pada Tuan Farid mengenai bisnes homestay yang menyebabkan beliau tulis sendiri panduan sebenar berdasarkan pengalaman 'real life' sebagai panduan bersama. Antaranya:-
  • Macam mana nak buat bisnes homestay tanpa ada rumah sendiri?
  • Berapa kos & modal permulaan?
  • Apa senarai barang dan peralatan yang perlu disediakan?
  • Macam mana nak buat pemasaran?
  • Macam mana nak letak harga?
  • Dan banyak lagi soalan.

Panduan Buat Duit Dengan Homestay

Memandangkan anda dah baca sendiri apa kata penulis Jutawan Homestay yang juga pemilik Fardain Place yang popular itu maka tidak perlu lagi saya bercerita panjang lebar kerana saya percaya anda majoriti sudah tahu beliau pakar dalam bisnes homestay. Jom kita lihat beberapa gambar menarik homestay beliau.


Macam mana? Macam best kan bisnes homestay ni. Bagi yang bercita-cita mahu mula bisnes homestay atau mencari bisnes apa nak buat 2018 ini jom baca 10 Rahsia Pelaris Homestay.





4 comments:

  1. Ya, cantik lain dari yang lain. Buat kita rasa seperti di kediaman mewah lagi selesa.

    ReplyDelete
  2. Kalau homestay cantik macam tu, memang layak dapat gelaran dan anugerah superhost airbnb

    ReplyDelete
  3. First time heard Superhost Airbnb. Tuan Sabree ada saja benda baru nak share. 10Q.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!