Mendaftar Affiliate (Publisher) Bersama Involve Asia (MY) Demi Jana Pendapatan Lumayan - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Wednesday, 21 February 2018

Mendaftar Affiliate (Publisher) Bersama Involve Asia (MY) Demi Jana Pendapatan Lumayan


Buat Duit Online Promosi Jenama Yang Anda Suka. Menarik sungguh. Sesiapa pun boleh buat asalkan ada media sosial popular Facebook, Twitter, Telegram, WhatsApp, Instagram, blog personal dan sebagainya. Saya mahu kongsi satu cara buat duit online bersama satu platform e-commerce (e-dagang) terkenal di Malaysia yang juga mendapat tempat seperti negara Thailand, Myanmar, Indonesia, Singapore. Memperkenalkan InvolveAsia! Bagi yang belum biasa dengan perkataan affiliate ia sama makna dengan ejen jualan. Anda tak perlu ada produk sendiri. Produk yang diminati orang sudah ada. Peranan anda hanya perlu promosikan pautan (link) yang anda suka dan buat duit bila-bila masa termasuklah 'semasa anda sedang tidur'. Cuma affiliate popular di laman maya Internet. Jadi saya percaya anda yang mahu menjana wang sampingan sudah bersedia mahu jadi affiliate di bawah InvolveAsia. 

Check this out!


Siapakah InvolveAsia.


Sebelum itu mari kita kenali lebih dekat InvolveAsia yang merupakan satu platform berfungsi dan fokus pada 'affiliate marketing' demi menghubungkan semua advertisers (pengiklan) dengan publishers (penerbit) menerusi satu kaedah penting pemasaran dinamakan advertising (pengiklanan). Paling menguntungkan, publishers yang kita kenali sebagai affiliate sentiasa mempunyai peluang sangat luas dalam menjana pendapatan lumayan dengan cara mudah iaitu promosikan produk dan servis advertisers (juga dikenali sebagai merchants) kepada pengguna lain menerusi blog, laman sesawang mahu pun sosial media. Ini termasuklah menerusi WhatsApp, Twitter, Facebook, Blogspot, atau Wordpress.

Advertisers Yang Berpengaruh Dan Popular Dengan Produk/Servis Kegemaran Ramai.

"Setting up an affiliate or referral program for your business helps you to build long-term relationships with your partners. Our solution provides end-to-end tracking as well as dedicated support to ensure your success. "



Pengiklan. Juga dikenali sebagai merchant yang memilih dan mendaftar di bawah InvolveAsia untuk memasarkan produk atau servis mereka kepada pengguna. Ringkasnya syarikat-syarikat besar dan terkenal seperti MAS UBER  Ezbuy, Lazada, F.O.S, Bonia, Zaful, Qoo10, Digi, Uniqlo  Cheekaboo, Hotels.Com Airpaz Klook Travel Booking.Com Agoda dan banyak lagi berada dalam senarai advertisers/merchants InvolveAsia bagi memeriahkan lagi industri pemasaran atas talian. Klik Lihat Senarai Merchants.


Menjadi Publishers Dan Mula Mengaut Pendapatan Lumayan Setiap Bulan!

"Getting started as a publisher is as simple as finding a brand that you love and figuring out which one of our tools is suitable for your platform. "


Sesiapa sahaja yang mahu buat duit secara sambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja boleh  menggunakan WhatsApp, Facebook, dan Blog. Jika anda seorang pemilik website, blogger, atau pengguna media sosial anda layak mendapat ganjaran istimewa dari hasil pembelian mereka yang klik pada pautan/link yang anda kongsikan di media sosial. Andalah publisher tersebut!

Anda hanya perlu mendaftar dan mempromosikan produk kegemaran anda kepada pengikut-pengikut (followers) anda sendiri di media sosial.  Menjadi publisher atau affiliate begitu mudah kerana pendaftaran adalah percuma.

Klik Sini Untuk Daftar Affiliate / Publisher


Cara Mengisi Borang Pendaftaran InvolveAsia

Saya tunjukkan cara betul untuk mengisi borang daftar. Masih ada yang keliru, teragak-agak dan bertangguh dengan smartphone yang anda bawa ke mana-mana untuk mendaftar affiliate sedangkan ianya PERCUMA untuk anda mula jana wang dengan program affiliate marketing pilihan ramai seperti ini.

Let's go!





Pastikan Login Details - ditulis dengan tepat. Untuk bahagian Tell Us More About Your Media - pastikan anda mengisi maklumat dengan betul terutama Website URL sama ada alamat blog atau facebook sendiri. Akhir sekali, How can we contact you?- pastikan anda mengisi maklumat dimahukan sama ada Gtalk (ID Gmail) dan Tick dalam kotak kecil sebelum menekan butang Submit. Tadaaa! Anda sudah berjaya menjadi Affiliate atau Publisher bersama InvolveAsia (MY).

So easy right?

Jom Menjadi Affiliate InvolveAsia!


PSS: Hari ini saya mengajak anda mendaftar dulu dengan InvolveAsia . Temui saya seterusnya bagaimana cara mudah promosikan pautan (link) jenama yang anda suka dan gemar di media sosial anda sendiri dan mula jana wang lumayan. Biiznillah.

InvolveAsia is a way of involving yourself out there,
Madam B




6 comments:

  1. saya dah mendattar namun hasilnya masih nil hehehehe

    mumgkin strategi kurang berkesan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas panduan pendaftaran tu. Akak dah daftar pun semalam dan terus tepek link kat blog, Alhamdulillah dalam masa 6 jam dah ada conversion.. dah masyukkk

    Subhan Allah, macam tak caya gitu kan, napa lah baru ni tau huhu
    But then , barangsiapa yang beriman, Allah beri rezqi kepada nya dari sumber yang tidak di duga, betul kan ? and Allah tak pernah mungkir janji

    2 Cara Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

    ReplyDelete
  3. To Mr. Hanafi - Saya juga masih mencuba. Peluang sangat luas bukan . Hanya kita tentukan. Harap pelawat/pembaca yang lain di sini turut sertai IA. Just go for it! PS: We never know how far we can go before we try.

    ReplyDelete
  4. To Kak Su - Tahniah dengan conversion tersebut. Semoga terus meningkat dan berjaya jana wang dengan blog. Sama-sama kita usaha. Gracias for registered. PS: The power of women effort is something that you couldn't imagine.

    ReplyDelete
  5. Saya belum sampai tahap jadi publisher lagi. Baru nak berjinak-jinak sebagai advertiser. hihih

    ReplyDelete
  6. Bro Naziman,advertiser? Wah hebat! Nampaknya boleh hasilkan info how-to involve selaku pengiklan. Tahniah !

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews