No Music! Change Your Lifestyle! - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Tuesday, 6 February 2018

No Music! Change Your Lifestyle!




Salam kehidupan!

Apa khabar pembaca hari ini? Semoga sihat dan jika kurang sihat didoakan beransur sembuh, terus sabar dan bergembira dengan pahala bakal diperolehi. In syaa Allah.

7 Days
Alhamdulilah diri semakin sihat. Selepas seminggu merasai hikmat kurang sihat. Suara sudah hampir kembali seperti biasa. Dalam minggu ini juga dalam proses menamatkan fasa minum daun bidara yang dikisar sendiri untuk diminum tiap malam selepas Isyak selama 7 hari berturut. Saya berdoa dan dambakan kesihatan optimal seperti dahulu. Ada banyak perkara (seperti anda semua) yang perlu disudahkan dan dilaksanakan dengan tahap kesihatan seoptimal mungkin.Biiznillah.

“No music! Change Your Lifestyle!”

Syukran dengan apa yang kami berdua perolehi. Bukan senang mahu bawa pulang free advice dari somebody pada zaman sekarang. Maklumlah zaman ICT banyak masa interaksi berlaku di hujung jari. Semuanya mesti WhatsApp. Tapi kali ini pengalaman menarik peringatan secara telus dan secara langsung. Live! Tak lupa terima kasih pada ibu saudara tunggal yang sudi beri kebenaran kami petik dedaun siddr di kediaman rasmi baru-baru ini. Banyak yang kami ‘terpaksa’ kutip dan hadam dari hasil kata-kata nasihat seorang bekas pensyarah yang berkelulusan Universiti luar negara 4 hari lalu yang kini seorang pengusaha pusat tuisyen Al-Ihsan. Alhamdulilah amazing.

Pusat Tuisyen Al-Ihsan, Wakaf Che Yeh Kota Bharu



Kesempatan ini saya kongsikan sedikit mengenai pusat tuisyen beliau dibuka khas untuk murid dan pelajar sekolah rendah dan memengah yang masih tercari guru tambahan selepas waktu sekolah. Boleh cuba dapatkan khidmat profesional beliau bersama anak perempuan yang gigih mengajar serta berkongsi ilmu pendidikan. Jika berminat boleh hubungi talian 0125656372. Oh ya… saya turut diberi pinjam sebuah buku hasil karya Kapten Hafiz Firdaus Abdullah yang pertama kali saya baca. Sebelum ini nama Kapten Hafiz sudah pernah saya dengari cuma baru hari ini saya tahu Kapten ada menulis buku istimewa dalam niche ‘rawatan sendiri.’ Baru beberapa helaian saya sempat baca. Alhamdulillah. Sampai masa saya pulangkan. InsyaaAllah.
Dan petang ini saya bukan mahu berkongsi mengenai buku Kapten Hafiz. Saya biarkan anda cari sendiri buku apa saya maksudkan. Lebih baik mencari sendiri supaya anda lebih menghargai usaha. Percayalah. 

La Tahzan Muslimah Yang Berkerjaya (LTMYB)

Petang ini saya singgah sebentar di rumah maya untuk berkongsi LTMYB. Karya asal Dr. Aidh Al-Qarni ini saya dapatkan semasa bertugas di Pusat Jalur Lebar Komuniti (kini dikenali Pi1M) pada Nov 2013. Kenapa saya beli buku ini? Dulu kerap juga melabur demi buku. Terutama motivasi kerjaya, perhubungan dan perkahwinan. LTMYB ini saya pilih sebab tajuknya dan percaya ada motivations inside untuk diri yang sedang berkerja di luar rumah untuk memulakan sesuatu di rumah. Baik saya kongsi secara ringkas apa bab-bab dalamnya sebagai teaser.



  • Jangan sedih, tidak haram menjadi moden
  • Wahai muslimah, apa erti kerjaya?
  • Jangan bersedih, muslimah bekerja dengan baik!
  • Fitnah wang, fitnah persekitaran
  • Jangan bersedih, boleh bekerja di rumah!
  • Jangan bersedih, Islam tidak mengurung wanita!
  • Banyak pekerjaan sesuai untuk muslimah
  • Beratnya pekerjaan di luar
  • Di manakah muslimah akan bekerja?
  • Perniagaan muslimah
  • Tidak molek menjadi pesaing lelaki
  • Muslimah sofistikated
  • Muslimah yang produktif di rumah
  • Cerdas sejak dalam diri
Jangan bersedih, boleh bekerja di rumah!
Saya mahu share a lil bit bab menarik perhatian which is Jangan bersedih, boleh bekerja di rumah! Dan Banyak pekerjaan sesuai untuk muslimah Muslimah yang produktif di rumah. Kerana bab-bab ini juga saya mahukan buku ini dan kutip apa yang ada di dalamnya sebagai inspirasi berkerjaya di rumah. Saya tahu ramai yang sedang bekerja di luar rumah memasang cita-cita mahu bekerja di rumah. Khususnya wanita. Terutama sekali ibu yang ada anak-anak sedang membesar. 
Seorang penyair pernah berkata:
“Ibu adalah madrasah pertama . Apabila engkau mempersiapkannya, maka engkau telah mempersiapkan bangsa  yan mulia.”
Bekerja itu tak semestinya di lokasi formal atau di tempat terkemuka. Ada pilihan lain yang boleh kita wanita pilih untuk tetap berkarya dan berkongsi idea.

Bermula dengan menulis. Tak seharusnya punya kelulusan besar dan sudah terkenal penulis popular tapi cukup anda boleh menulis apa yang bermanfaat menerusi tulisan yang boleh anda hantarkan ke majalah atau penerbitan. Modalnya hanya pen, kertas, dan komputer.
Perniagaan atas talian juga bagus. Kita sudah tak boleh dipisah dengan dunia maya. Ada banyak kerja, servis dan perkhidmatan yang boleh kita salurkan menggunakan Internet.

Selain menulis ada lagi pilihan kerjaya yang boleh wanita pilih seperti kraftangan, menyediakan lunch box bagi yang tak punya banyak masa, bakeri roti dan kek, katering makanan, salon muslimah, pusat kecergasan, dropship dan banyak lagi. Semuanya boleh diusahakan dan bermula di rumah.

Antara anggapan tidak benar yang mesti wanita jangan percaya.
  • Perniagaan itu sukar dan tak boleh wanita lakukan dengan baik.
  • Wanita sukar mengatur waktu jika dia berniaga.
  • Keluarga akan terbengkalai jika wanita berniaga.
  • Anak tak terurus dan cenderung nakal jika wanita berniaga.
  • Wanita akan banyak dapat pengaruh negatif jika berniaga.
  • Jika berniaga rumahtangga akan terancam dan diganggu.
  • Jika perniagaan semakin berkembang wanita akan semakin sukar mengelolanya.

“Jika anda mendidik seorang lelaki, maka anda hanya mendidik seorang manusia. Jika anda mendidik seorang wanita , maka anda telah mendidik seluruh manusia.” (Presiden Tanzania)


“Ibulah yang melahirkan sebuah bangsa. 
Ada pepatah  mengatakan , wanita adalah tiang negara. Kala tiang tiada daya, bangunan pun roboh rata. Tidak hairan jika ada yang mengatakan, “Ibulah yang melahirkan sebuah bangsa!” Hal ini disebabkan seorang wanita yang akan menjadi ibu harus memiliki bekal , tak hanya dalam merawat rumah tanga tetapi juga seni mendidik anak, merawat diri, seni mengelola kewangan dan lain-lain.
Sumber: La Tahzan Buat Muslimah Yang Berkerjaya (Dr. Aidh Al-Qarni) . Penterjemah Norsheilla Mohd. Yusof. Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah.

PS: Saya memang pencinta muzik sejak zaman berpengajian lagi, tapi masih ada pilihan dalam berhibur. Kali ini saya kongsi alunan Islamik bersama anda. Rugi kalau tak dengar yang ini. Enjoy!



No music, change your  lifestyle!
Madam B


2 comments:

  1. untuk menjadi penulis wajib membaca buku..

    bila otak sudah sarat dengan ilmu maka mudah untuk melontar kembali idea melaui penulisan.

    ReplyDelete
  2. Ya, betul tu brother Hanafi. Saya setuju. Mahu jadi blogger kenalah banyak membaca bahan bacaan positif. Kerap membaca, luas paradigma!

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews