"Segala yang baik-baik! Itulah makna Siti Aafiyah iaitu jantung hati Dato' Seri Siti Nurhaliza (Dato Siti) dan suaminya Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato K) yang diilhamkan mereka ketika menunaikan umrah."
It's a girl!
Akhirnya pasangan bertuah Dato' K dan Dato' Siti mengumumkan nama 'buah kasih sayang' mereka berdua setelah sehati sejiwa memilih Siti Aafiyah Binti Khalid sebagai nama rasmi. Genap tujuh hari sepertimana dijanjikan ayahanda dan bonda Siti Aafiyah, satu Majlis Maulad, Aqiqah & Tahnik diadakan di kediaman di Bukit Antarabangsa, Ampang pada malam Ahad baru ini dengan menjemput Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengetuai majlis istimewa puteri 'comel pipi merah' yang kini merupakan 'bayi nombor satu negara' buat masa ini.
Dato' Sri Khalid Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Cadangan Bakal Nama Anak Perempuan Pertama Selepas Penantian 18 Tahun.
Foto Sekitar Majlis Maulad, Aqiqah dan Tahnik Siti Aafiyah Khalid.
Kredit Foto: https://www.facebook.com/SitiNurhalizaOfficial/
Pilihan 'Nama' Datang Dari Satu Doa Yang Terbaik Untuk Dibaca, Subhanallah!
Jom kita baca apa keistimewaan nama Siti Aafiyah Binti Khalid yang membawa makna cukup mendalam di dunia dan di akhirat. In syaa Allah. Foto maksud lebih jelas klik sini.
Kredit Facebook Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia.
Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan sempurna menjadi muslimah sejati. Moga menjadi puteri solehah. Amin.
Waiting my junior version,
Madam B
No comments:
Post a Comment
Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!