Comel Pipi Merah Dato' Sri Hajjah Siti Nurhaliza Dicipta Khas Untuk 'Siti Junior' - Jom Affiliate 24/7

Latest

Saturday, 10 March 2018

Comel Pipi Merah Dato' Sri Hajjah Siti Nurhaliza Dicipta Khas Untuk 'Siti Junior'

Senyum nan manis,
Penyejuk jiwa hamba,
Semanis-manisnya ,
Bak gula,
Rupa nan elok,
Penghibur ayah bonda;

Saya kongsikan sedikit bait lirik single terbaru Dato' Siti Nurhaliza untuk bayi yang dijangka 'baby girl'. Dato' Siti yang dijangka bersalin bila-bila masa sahaja lagi Mac ini dikatakan menggabungkan lagu istimewa ini dengan lagu rakyat 'Can Mali Can' tetapi dalam versi lebih kreatif dan sedap didengar selain mengundang dua suara cilik milik anak saudaranya - Siti Nurun Marsitah Mohd Ghazali dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri. Sumber BH.


Teaser Version: Comel Pipi Merah  sebuah lagu khas ciptaan Dato' Sri  Siti Nurhaliza dengan lirik oleh Rozi Sang Dewi kini siap dirakamkan untuk anak pertama yang bakal dilahirkan tak lama lagi.

Ya! Tidak lama lagi kita akan menerima 'Siti Junior'. Didoakan segala persiapan dan persediaan melahirkan berjalan dengan lancar dan mudah. Saya percaya peminat setia CTDK dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang sama.

Klik Untuk Dengar Full Audio


Wanita Terhebat 
Saya sebenarnya terlepas satu wish atau ucapan penting lagi istimewa untuk semua wanita seluruh dunia di mana sahaja dan tak kira apa anda lakukan saat ini.


Kepada wanita berbahagia yang sedang membaca posting ini Demi Cinta dari Madam B bersama ucapan ....

Selamat Hari Wanita 2018!

Happy Women's Day!

"What makes you different....makes you beautiful!"



Ada pesanan untuk para jejaka budiman yang dikelilingi wanita hebat seperti kami.

Wahai lelaki,

Jika benar dikau kasih dan cinta wanita itu.
  • Bawalah dia ke jalan Allah
  • Nasihatilah dia
  • Perbetulkan kesilapannya
  • Jagalah dia dengan baik
  • Kasihanilah dia
  • Lindungilah dia
  • Berilah kasih sayang padanya
  • Hargailah dia
  • Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
  • Bersabar dengannya
  • Terimalah dan cintailah kekurangannya
  • Jadi imam terbaik dan redhalah padanya

In syaa Allah.

Everyday is your day,
Madam B


No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!