Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Timang Cahaya Mata 'Comel Pipi Merah' - Jom Affiliate 24/7

Latest

Wednesday, 21 March 2018

Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Timang Cahaya Mata 'Comel Pipi Merah'



Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin selamat timang cahaya mata perempuan. Tanggal 1 Rejab (Isnin) baru-baru ini Datuk Seri Siti akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan comel secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Alhamdulillah.

Bayi seberat 3.55kg lahir pada jam 8:17 pagi buat masa ini menggunakan nama sementara 'Fatimah Az-Zahra' bersempena nama anakanda Nabi Muhammad S.A.W sebelum diumumkan nama sebenar pilihan Datuk K dan Datuk Siti selepas hari ketujuh kelahiran. Sama-sama kita nantikan nama rasmi anak pasangan ini.

Menurut sumber tertentu yang boleh dipercayai, Datuk Seri Siti Nurhaliza merasakan seperti bermimpi sebaik sahaja doktor meletakkan bayi perempuan dalam pelukannya selepas selamat bersalin. Menurut Rozi Abdul Razak (pengurus), Datuk Seri Siti tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan sedih kerana akhirnya dikurniakan zuriat sendiri selepas 11 tahun penantian.

Teringat Nama Anak Sulung Datuk K Untuk Nama Anak Lelaki 

Bagi yang sudah beli dan baca e-book pertama saya bertajuk (Hamil Anak Pertama) pasti sudah tahu dari mana saya dapat inspirasi nama untuk anak lelaki yang juga 'rainbow baby' kami yang saya lahirkan 2 tahun lalu. Bagi yang berminat mahu tahu info lanjut dan pengalaman saya hamil ektopik (luar rahim) 2015 boleh hubungi saya sendiri. Menurut doktor baru-baru ini kejadian ektopik boleh jadi pada sesiapa sahaja dan ia boleh dikatakan 'nasib'. Bagi yang bercadang mahu hamil ada panduan untuk anda sebelum mencuba kali pertama. Ikuti kisah perkongsian Madam B mengenai ektopik bersama  tip dan rahsia untuk kembali cuba hamil kali kedua tanpa sebarang masalah dengan satu fallopio.


Tak Sabar Tunggu Adik Pulang 

Dan ini pula reaksi salah seorang anak lelaki Datuk Khalid yang teruja dengan kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti atau mesra panggilan Mak Iti bagi mereka berempat.

"Wajah adik saya sepadan dengan lagu Comel Pipi Merah. Memang geram melihat wajahnya yang sangat comel. Kulitnya putih, pipinya merah." ujar Asyraf Khalid anak ketiga hasil perkahwinan pertama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Asyraf jelas gembira dan bersyukur dikurniakan adik perempuan dan terharu dengan usaha dan pengorbanan Mak Iti mereka bagi mendapatkan cahaya mata sendiri setelah menunggu hampir 11 tahun.

Untuk makluman semua, Datuk Seri Siti turut berjaya merakamkan lagu single yang ditujukan khas untuk permata comelnya bertajuk 'Comel Pipi Merah' yang boleh didengar menerusi Spotify. Untuk baca posting berkaitan boleh baca Comel Pipi Merah Dato' Sri Hajjah Siti Nurhaliza Dicipta Khas Untuk 'Siti Junior'.

Madam B mengucapkan Tahniah! kepada pasangan yang dikurniakan cahaya mata yang comel.

Everything For Your Little One,
Madam B

2 comments:

  1. Ada juga penggunaan nama sementara ya. Ini pertama kali saya dengar sebab dalam kebanyakkan yang saya jumpa, baby belum keluar, dah ada cadangan beberapa nama :)

    ReplyDelete
  2. Semua orang menanti-nanti kelahiran anak sulung Dato Siti Nurhaliza.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!