Muslim Homestay Tanah Rata Cameron Highland Pilihan Terbaik 2018 - Jom Affiliate 24/7

Latest

Monday, 19 March 2018

Muslim Homestay Tanah Rata Cameron Highland Pilihan Terbaik 2018



Selamat bercuti untuk semua pelajar dan guru! Saya percaya ramai yang ambil peluang bercuti bawa keluarga dan yang tersayang ke satu tempat pilihan masing-masing. Kali ini saya dan si kecil Anas tidak ke mana-mana buat masa ini.

Baru tadi ibu saya tinggalkan pesanan ringkas memaklumkan dalam perjalanan ke KLIA. Mereka (ibu, kakak bersama empat anak kecil dan suami) juga memilih untuk bercuti bersama kali ini. Mereka dijadualkan 'terbang' ke  Bintulu dengan penerbangan sekitar jam 5 petang ini dalam menyahut cabaran cuti sekolah sambil menjenguk adik perempuan saya yang juga seorang guru di SK Nyalau.  Saya dapat imagin kesemua anak buah tentunya super-excited menaiki kapal melihat tempat tinggal Ochee mereka secara beramai-ramai tahun ini.



Bercuti Di Mana?

Anda bagaimana? Bercuti di mana? Bagi yang belum merancang ke mana-mana apa kata kita ke Cameron Highland. Saya ada cadangan kali ini untuk anda dan famili sewa selama mana yang anda mahu. Jom lihat 'rumah inap' menarik yang saya mahu kongsikan.

Muslim Homestay Cameron Highland.

Musim cuti sekolah ni dengar kata ramai yang suka bercuti ke sana dan mencari rumah yang sesuai lagi selesa. Ini antara yang mesti anda duduki sepanjang bercuti di Tanah Rata.

Check it out!


RM450 (3 Hari 2 Malam) Sempena Cuti Sekolah

Apa yang saya dapat tahu harga deposit tempahan homestay RM50 sahaja 1 malam. Harga sewa homestay hari biasa RM150 (1 malam) dan RM280 (3H 2M) dengan Deposit RM50. Sempena Cuti umum/cuti sekolah pula RM250 (1 malam) dan RM450 (3H 2M) dengan Deposit RM50.



Mahu menetap di Muslim Homestay?

Klik Untuk Ketahui Kemudahan MUSLIM HOMESTAY


Have a safe journey,
Madam B

2 comments:

  1. Sekali pandang design homestay, teringat design rumah kami yang dulu.

    Lama sudah merancang nak jalan-jalan di dua highland tu. Cameron dan Genting. Tapi sekarang ni kena utamakan duit tu ke tempat lain dulu.

    ReplyDelete
  2. Oh i see..kalau macam tu cantik dan selesa kediaman tuan. Talkin bout vacation, sama lah kami pun still in planning. Kumpul duit dulu, baru puas hati bercuti ni kan. Save for the best.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!