Permainan Set Blok Kayu (Wooden Block) 11Street Bagi Kanak-Kanak Berusia 2 - 5 Tahun - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Monday, 26 March 2018

Permainan Set Blok Kayu (Wooden Block) 11Street Bagi Kanak-Kanak Berusia 2 - 5 Tahun

Jun akan datang 'rainbow baby ' Anas Rayyan yang mesra panggilan 'Anas' akan menginjak usia 2 tahun. Bermula usia ini juga Anas akan mula consume Dutch Lady Explore. Sesuai dengan perkembangan awal rasa ingin tahu (curious) ke dunia terbaru yang mula sukakan eksplorasi sesuatu yang baru (explore). Selain memberikan pemakanan yang terbaik pada si manja jangan lupa anak kecil juga memerlukan permainan yang bagus dan sesuai usianya demi perkembangan minda yang sihat.  Dan amat penting sebagai ibu bapa prihatin kita mempunyai informasi apakah jenis permainan yang sesuai mengikut usia anak-anak.

Hak Saya Hak Untuk Bermain

Tahukah anda bahawa bermain itu adalah hak seorang anak? Mengikut Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (20 November 1989), menyatakan bahawa bermain itu adalah hak seorang anak. Boleh baca dan rujuk http://pediatrics.aappublications.org/content/119/1/182.full.

 Hari ini saya nak berkongsi tentang permainan dalam rumah (indoor) si kecil. Ada banyak permainan di luar sana dan tidak susah untuk mendapatkannya. Sekarang kita boleh saja dapatkan di kedai, pusat beli belah mahu pun secara atas talian - online. Bagi anda yang ada anak di usia 2 tahun terdapat beberapa jenis set yang boleh kita cuba berikan pada si kecil bagi merangsang perkembangan minda agar lebih kreatif. Pilihan saya adalah 'wooden block' atau blok kayu yang selamat untuk kanak-kanak.

Blok Kayu

Kalau dulu zaman saya kecil memang tak berkesempatan bermain set seperti ini. Tidak pasti pula adakah saya ketinggalan atau pada waktu itu set sebegini belum  wujud. Untuk pengetahuan semua, blok kayu ini terdiri daripada beberapa bongkah blok berwarna dan pelbagai bentuk boleh membantu si kecil mengenal bentuk geometri asas. Antaranya kiub, kuboid, silinder, empat segi, segitiga, bulat. Melalui permainan sebegini kreativiti anak akan dapat dilihat kerana ia merangsang koordinasi mata dan tangan selain merangsang anak berfikir. Kita boleh melihat sendiri bagaimana anak kita membinanya dan melihat idea di sebalik hasil binaan.



Pilih sort by Low To High Untuk melihat Senarai Set Bermula Harga Paling Rendah.

Taip Kata kunci Nama Jenis Permainan Untuk Melihat Senarai Yang Ada

Selain wooden block, anda boleh dapatkan yang lain seperti bead counter, latch board, puzzle, chunky puzzle, atau bead lacing.  
 
 Mahu rasa pengalaman beli permainan online? Layari sahaja 11Street. 


So many toys, so little time,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews