ABS Toys Pusat Jualan Permainan Kanak-kanak 'Belajar Dalam Bermain' Cawangan Bandar Satelit Islam - Jom Affiliate 24/7

Latest

Thursday, 5 April 2018

ABS Toys Pusat Jualan Permainan Kanak-kanak 'Belajar Dalam Bermain' Cawangan Bandar Satelit Islam



Ting ting tang ting tara ting ting tang ting...
 Ting ting tang ting tara ting ting tang ting...

Assalamulaikum. Hai semua. Mesti semua dah dengar lagu dan tahu lirik apa di atas. Dah dengar dan lihat video rasmi single Comel Pipi Merah? Comelkan? Kalau belum dengar lagu tu...you better!

Oh ok...kali ini kita bukan nak dengar lagu. Kita nak lihat permainan kanak-kanak yang menarik dan up to date. Teringat pula zaman kecik-kecik dulu. Dulu main benda yang sama je. Kesian. Haha. Dan zaman saya dulu kalau ada budak perempuan tu bermain patung Barbie kira sangat bertuah. Kalau budak lelaki saya tak pasti. Rasanya dulu pilihan permainan tak banyak macam sekarang. Kalau ada pilihan pun, tak semua benda yang kita nak akan dapat. Tidak semurah zaman sekarang. Itu dulu. Sekarang...permainan pun ada fungsi tersendiri dan makin nampak real. Contohnya kereta atau jeep yang bergerak menggunakan kuasa bateri dan kawalan jauh. Ramai parents saya perhatikan mampu belikan untuk anak mereka. Paling murah sekitar 200++ dah boleh kita dapatkan. Dan demi melihat anak gembira anak kecil yang sedang membesar saya percaya mana-mana ibu ayah pasti mahukan yang terbaik.

ABS Toys.

Al-kisahnya semalam kami singgah lagi di sini. Cawangan BSI yang ada dekat dengan kediaman kami. Lama-lama sekali kami singgah. Bagi yang biasa datang beli ada kad keahlian dan potongan harga sedikit mengikut terma syarat dan jenis alat permainan. Biasalah bila dah ada anak kecil permainan tak dapat dipisahkan. Toy is a must! Tiap kali masuk kedai macam ni kalau anak tak pandai lagi memilih, biasanya kami yang nak beli semua benda. Kalau boleh nak beli satu kedai. Rambang mata kalau masuk ke sini. Masa di rumah dah set nak beli yang tu tapi tiba je di kedai lain yang dibawa pulang. Saya sebenarnya dah lama nak beli stroller 5 wheels supaya mudah nak bawa jalan toddler  tatkala husband not around. Atau Yoyocar untuk santai bermain dalam rumah. Tapi lain jadinya. Mama nak yang ni. Tapi  daddy suruh beli yang tu. My son ikut saja. Nasib baik sebab tak pandai pilih lagi.

Tahukah anda memang ada segelintir ibu bapa yang agak 'takut' untuk bawa anak mereka yang dikatakan akan melakukan aksi seperti 'berguling di lantai' atau menangis 'kaw-kaw 'di pusat beli-belah semata-mata mahukan toys yang mereka minat. Oh...malu juga kalau jadi macam ini. Mama doakan A tidak memilih untuk beraksi seperti di atas apabila tiba masanya. Oh please do not....

'Belajar Dalam Bermain'

Mari saya perkenalkan kedai ala-ala best gitu eh serius kena singgah tau untuk anda yang baru nak kenal dan tak tahu lagi kewujudan ABS Toys yang berkonsepkan 'Belajar Dalam Bermain'.

Jom tengok gambar yang sempat saya ambil semalam. Selebihnya kalau nak lihat lagi kena Like Facebook ABS Toys BSI.

Nak tahu apa daddy A pilih semalam?

Check it out....





Tadaaaaa...

Little chef finally untuk si manjs. Lepas ni mama harap sangat tak kacau mama masak. Tak main dan buka kabinet tu semua. Tak masuk dapur lagi. Baby masak sedap sedap ok. Happy cooking!


Jom beli mainan ABS Toys.  Horaa hooray!

Thank you daddy cool,
Mama Cool

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!