ILearnAce Berkonsepkan iThink, KBAT Dan PBS Menjadikan Ulangkaji Mudah & Murah - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Wednesday, 11 April 2018

ILearnAce Berkonsepkan iThink, KBAT Dan PBS Menjadikan Ulangkaji Mudah & Murah

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca blog Madam B yang dihargai. Yay! Entri hari ini kita mahu berkongsi tentang satu platform apps dinamakan i-Learn Ace untuk murid dan pelajar. Info ini saya perolehi dari sahabat yang saya kenal secara online dari grup e-book beberapa bulan lalu. Saya menulis e-book pengalaman sendiri Hamil Anak Pertama dan Puan Hasnida berkongsi ilmu bagi tajuk  'Anak Seronok Belajar'. 

Oh ya! Bagi yang belum tahu e-book kami bedua kini dibuka untuk jualan bagi yang mahu baca.
 
Che Hasnida Hamid Penulis E-book Anak Seronok Belajar


Puan Hasnida atau mesra dengan nama Cikgu Nida adalah bekas guru PLKN yang kini mengajar di rumah dengan fokus subjek Bahasa Melayu dan Matematik (Tahap 1). Buat masa ini beliau lebih kepada home-tuition untuk sesiapa yang berminat. Hubungi Cikgu Nida untuk maklumat lanjut.

Jom kita lihat dan ketahui apa yang dimaksudkan dengan ILearnAce.

Apa itu i-Learn Ace (iLA)

i-Learn Ace ialah portal e-learning yang sangat interaktif untuk membantu anak-anak dan para guru. Ia boleh digunakan secara online dan offline.

Siapa yang membangunkan i-Learn Ace?

i-Learn Ace dibangunkan oleh anak syarikat penerbit buku pendidikan terbesar di Malaysia iaitu Sasbadi Online. Ia dilengkapi dengan hampir semua buku-buku rujukan dan latihan keluaran syarikat Sasbadi. Ia ianggarkan mengandungi lebih 100 ribu muka surat nota dan lebih 200 ribu soalan pelbagai aras.

i-Learn Ace sesuai untuk siapa? 

a) Guru guru SK, SJKC dan SMK
b) Murid sekolah bermula tahun 4 hingga tingkatan 5

Ia mempunyai 3 akaun pengguna iaitu :
   1. Akaun guru
   2. Akaun murid
   3. Akaun ibu bapa (percuma bila langgan untuk anak)

Apakah kandungan portal i-Learn Ace?

a) Nota yang fleksibel. Boleh ditambah "sticky note", dihighlight, masukkan link spt video YouTube. Paling menarik pelajar boleh melakukan ujian memori selepas membaca sesuatu nota, hal yg hanya dapat dilakukan jika pelajar rajin belajar secara berkumpulan.
b) Penilaian - soalan objektif, tugasan, PBS, ujian lisan dan kertas ujian.
c) Boleh membina peta minda/ i-think.
d) Video tutorial ( Tingkatan 4,5 sahaja) yg boleh digunakan oleh pelajar dan guru baru untuk mendapat kaedah mengajar terbaik.

Dilengkapi Dengan

- Avatar edugame
- Ranking murid dalam Malaysia
- Ranking guru dalam Malaysia
- Kamus elektronik BM-BI, BI-BM
- Rekod analisis prestasi, latih tubi, laporan kemajuan dikongsi terus dengan ibubapa.
-Sentiasa ditambah baik dan dikemaskini oleh pihak Sasbadi.

Pakej Yang Ada

UPSR (4 subjek)
🌱BM, BI, Sains, Matematik

PT3 (7 subjek)
🌱BM ,BI , Sains, Mate, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup

SPM (14 subjek)
🌱BM, BI , Sains , Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral, Biologi, Kimia, Fizik , Ekonomi Asas , Prinsip Perakaunan , Matematik Tambahan, Perdagangan, Pendidikan Islam

Apakah Pakej Langganan Yang Sesuai ? 

Daftar dan langganlah mengikut tahun atau tingkatan anak tahun semasa. Dua jenis akaun pilihan:
a)Akaun Guru
b)Akaun Murid

Pakej Langganan

SK/SJKC ( UPSR)
1. Langgan tahun 4 , dapat akses tahun 4 semua subjek UPSR
2.  Langgan tahun 5 , dapat akses tahun 4 dan 5 semua subjek UPSR
3. Langgan tahun 6 , dapat akses tahun 4, 5 dan 6 dapat semua subjek UPSR

Pakej Menengah Rendah (PT3)
1. Langgan Tingkatan 1 , dapat akses Tingkatan 1, 7 subjek.
2. Langgan Tingkatan 2 , dapat akses Tingkatan 1 dan 2, 7 subjek
3. Langgan Tingkatan 3, dapat akses Tingkatan 1,2 dan 3 , 7 subjek

Pakej Menengah Atas (SPM )-
1. Langgan Tingkatan 4 ,dapat akses Tingkatan 4, 14 subjek teras.
2. Langgan Tingkatan 5 , dapat akses Tingkatan 4 dan 5 , 14  subjek








Macam mana? Berminat tak nak daftarkan anak anda dengan apps hebat dan bermanfaat seperti ini. Hubungi segera Cikgu Nida di talian 011-25452156.

More info visit Blog Hasnida Che Hamid.


Learning is fun if you know how fun it is,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews