Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2018 - Jom Affiliate 24/7

Latest

Thursday, 17 May 2018

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2018


Assalamualaikum. Dalam buku feveret saya buat masa ini yang berjudul 'Amalan Sepanjang Hayat' Ramadan difahamkan sebagai bulan puasa, bulan al-quran, bulan sedekah, bulan solat malam, dan bulan sabar.

Antara ibadah yang ditekankan antaranya:-
  • Solat tarawih dan witir pada waktu malam hari.
  • Membanyakkan bacaan al-quran.
  • Membanyakkan amalan sedekah.
  • Membanyakkan ibadat di waktu malam khususnya malam 21hb sehingga malam 30hb.
  • Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala satu haji.

Penenang Jiwa 

Antara hobi saya yang 'obvious' sebelum kahwin adalah membeli buku. Buku ini saya beli semasa bertugas sebagai AM PI1M(J) 2011. Antara koleksi yang saya simpan. Saya percaya naskah ini antara yang bagus kita baca untuk isi kekosongan hati dan menambah ilmu agama. Sebaik membelek helaian buku ini tadi saya terpandang tajuk kecil Kutamaan Bulan Ramadan. Saya harap anda boleh baca dengan jelas hasil terbaik Oppo A83. Moga bermanfaat. 


30 Fadilat Menunaikan Solat Tarawih Di Malam Ramadan Dengan Penuh Keimaman


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat solat sunat terawih pada bulan Ramadan adalah seperti berikut:-

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Sumber: Blog Jalan Akhirat

Rujukan Lain Solat Tarawih:
Cara Menunaikan Solat Sunat Tarawih Dengan Mudah Secara Bersendirian
Panduan Solat Sunat Tarawih (Pdf)


Akhir kata - semoga Ramadan tahun ini mendatangkan kesan yang terbaik di jiwa, kita diberi kekuatan mengerjakan ibadat-NYA dan terhapus dosa-dosa yang lalu. Dengan izin-NYA. Sama-sama kita berdoa dan berharap agar ibadat puasa kita diterima Allah SWT. In syaa Allah. Amin.

Ramadan Di Hati



PS: Mahu tahu kenapa mudah kurus di bulan puasa? Baca apa kata Kevin Zahri di sini.

Selamat berpuasa,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!