Ayang Cafe Penuh 'Kasih Sayang' Kini Dibuka Berdekatan Makam Diraja Langgar Kota Bharu - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Saturday, 5 May 2018

Ayang Cafe Penuh 'Kasih Sayang' Kini Dibuka Berdekatan Makam Diraja Langgar Kota Bharu


Madam B sempat bergambar bersama Kak Zan 'orang kuat' Ayang Cafe


Menu 'Kasih Sayang' dengan harga penuh 'kasih sayang'
Ayang Cafe - Berkonsepkan Coffee shop . Santai, selesa, dan bersih.  Tempat makan pagi yang best dan menarik sesuai untuk semua golongan. Saya kenal dan dapat tahu dari Tuan Joy.  Dikatakan mendapat tumpuan ramai terutama breakfast waktu pagi bagi mereka yang on the way masuk kerja. Ayang Cafe ni nak dijadikan cerita ada konsep hampir serupa dengan Kopitiam Kita yang popular di Jalan Sri Cemerlang bagi yang biasa ke sana sebelum ni.

Kak Zan Boleh Cakap Bahasa Cina

Dalam masa kami menikmati makanan ada pelanggan berbangsa cina tiba untuk makan. Saya agak mereka ini mungkin pelanggan setia Kopitiam Kita dulu. Perhaps. Kami sempat dengar kak zan melayan pelanggan baru sampai dalam loghat bahasa cina. Dalam pada percakapan mereka yang kami tak  faham &^%$#$@# tiba-tiba terselit perkataan 'nasi lemak' - saya assume mungkin Kak zan sedang beritahu yang ada nasi lemak hari ini. Kira 'rare' juga kak zan boleh faham dan berkomunikasi dalam bahasa cina. Tak ramai yang mampu seperti kak zan ni kan?

Selain nasi lemak macam biasa Kelantan tak boleh lari dari nasi putih dan kerabu. Lauk wajib semestinya ayam masak gulai atau goreng, gulai ikan, dan telur. Bihun goreng pun ada. Nampak macam tak pedas. Sesuai untuk yang bawa toddler. Ini yang saya sempat lihat -rasanya ada lagi yang lain. Senang cerita kena singgah datang sendiri dan lihat senarai menu makanan terpampang besar dan jelas dengan harga. Dengar khabar selepas ini akan ada lebih banyak menu masakan bungkus siap ala-ala Kopitiam Kita.

Nasi Ayam RM4
Istimewa - menu saya tak sempat rasa adalah Nasi Ayam. Waiter mereka ada juga beritahu western food seperti chicken chop biasanya bermula waktu petang.

Jom lihat few photos sempat saya snap pagi semalam. Cekidaut...



1 April 2018: Dirasmikan Oleh Ketua Wanita UMNO Tumpat
Koleksi Foto Pelanggan Pada Dinding Sebagai Kenangan & Penghargaan
Kawasan parkir sangat luas bersebelahan 'cemetery' Makam Diraja Langgar KB

Jom singgah sini kalau anda lalu kawasan depan Billion Kb dan Jalan Langgar. Terutama pagi waktu bekerja akan terserlah suasana meriah mereka sedang makan di sini sebelum masuk ke pejabat masing-masing.

Jangan lupa datang sini ya!



Still on your side,
Madam B

2 comments:

  1. nama kedai pun cantik..

    kalau nak berseloroh boleh sangat tu..

    nak pergi mana tu..

    saya nak pergi Ayang Cafe..

    ReplyDelete
  2. Yup.. Ni kedai mkn. Ada juga Burger C20 close to housing area. Tagline 'burger sedap penuh kasih sayang'.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews