Menu Berbuka Dan Sahur Klise Tapi Viral Sepanjang Ramadan Bagi Yang Belum Tahu - Jom Affiliate 24/7

Latest

Friday, 18 May 2018

Menu Berbuka Dan Sahur Klise Tapi Viral Sepanjang Ramadan Bagi Yang Belum Tahu




Assalamualaikum. Sudah hampir waktu berbuka. Macam mana puasa semalam? OK ke sangat OK? Apa menu semalam dan hari ini sebentar lagi? Moga apa sahaja yang telah dan bakal kita nikmati mendatangkan kebaikkan pada diri kita dan kita dijauhkan dari pembaziran. Alhamdulillah.

Baiklah, petang ini saya cuma mahu kongsi tentang resepi atau menu - in case / kalau-kalau 'adik kakok' di luar sana terutama wanita dan kaum hawa 'clueless ' dalam memikirkan menu apa untuk disediakan semasa berbuka mahupun sahur.

Hari kedua baru mahu kongsi menu.

Kira OK lah tu kan. Lewat sehari sahaja. Sebenarnya saya pun baru dapat dari someone menerusi media WhatsApp. Saya cuba transfer dan copy menggunakan WhatsApp Web sebelum jadikan kesemua menu dalam bentuk Pdf format untuk  disimpan dalam Google Drive. So that anda boleh download percuma. Di bawah ini ada empat menu saya tunjukkan. Selebihnya anda kena klik pautan paling bawah. Jom lihat 30 menu sesuai untuk kita cuba selama 30 hari di bulan penuh barakah.

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan

Check it out.

AYAM SOS LEMON MADU*

Foto hiasan

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!


TOM YAM THAI*

Foto hiasan

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang


 AYAM MASAK HALIA*

Foto hiasan

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

SUP IKAN MERAH*

Foto hiasan
Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.


2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.


KLIK MUAT TURUN SEMUA 30 MENU UNTUK ANDA CUBA




Happy Cooking,
Madam B

2 comments:

  1. madu dan kurna memang ada dalam peti sejuk selalu.

    ReplyDelete
  2. Kurma je saya.Sunnah food always the best food.

    ReplyDelete

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!