Promo Mei Buat Blog Menggunakan Templete Percuma Dengan Madam B - Jom Affiliate 24/7

Latest

To Be Rich Act Like A Lady Think Like A Man

Monday, 14 May 2018

Promo Mei Buat Blog Menggunakan Templete Percuma Dengan Madam B


Mei adalah bulan yang dekat di hati saya. Selain Hari Ibu, Mei adalah bulan kelahiran. Jadi sempena Mei istimewa saya berbesar hati untuk adakan promosi servis caj berbaloi di bawah tempahan buat blog yang saya lakukan sendiri dari rumah untuk mereka yang mahu ada blog. Tidak kira blog untuk tujuan personal atau bisnes saya terima terutama dari kalangan wanita.

Apa itu blog?

Blog adalah media sosial. Tempat kita menulis dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu yang kita suka dan minat.  Platform online yang membolehkan kepakaran diri atau apa kita buat diketahui secara meluas tanpa sempadan hinggakan kita mampu menjana sesuatu dari situ.   Blogspot dan Wordpress antara yang biasa diguna pakai dan dipilih mereka yang sudah ada blog. Selain Facebook, Instagram, WeChat, Twitter, Tumblr, dan sebagainya semua orang tahu media sosial adalah tempat kita menjual apa saja barang, jenama, produk atau servis perkhidmatan. Saya tahu ramai sangat penjual atas talian (online seller) atau pemasar atas talian (online marketer) yang sudah pun guna platform percuma dan popular seperti Facebook dan Instagram. Kali ini apa kata anda cuba hidupkan satu tapak baru dan makin mendapat perhatian iaitu blog untuk pasarkan produk atau servis.

Minat Mahu Jual Produk / Servis Menggunakan Blog.


Sebelum ini ada tiga individu yang pernah menggunakan servis buat blog dari saya. Pertamanya blog untuk salah seorang owner bagi kafe kopi mesin, kedua seorang single mother juga penulis ebook yang menjalankan blog business online dan terbaru a mom of 3 kids yang juga seorang agen May Kay kini menetap di Kuala Lumpur. Semuanya wanita memiliki produk dan bisnes sendiri yang dilakukan secara par time dan full time.



Guna Templete Percuma Menarik Simple Hasilkan Blog Lain Dari Rakan Anda Punya.

Selain content yang bagus,  bagi menghasilkan blog menarik dan berbeza , pemilihan tema dan warna amat mainkan peranan penting. Jika anda tak mahu guna templete yang sedia ada di blogger masih ada pilihan lain contohnya Gooyabi Templates kerana kita cuma perlu pilih tema (theme) yang disukai dan sesuai untuk blog . Jangan risau saya akan lakukan semuanya untuk anda dari awal hingga akhir melalui talian komunikasi jarak jauh yang ada seperti WhatsApp/emel/hubungi terus. Anda cuma perlu hubungi saya dan kita lakukan sedikit perbincangan sebelum bermula.

 Jadi jangan tak tahu hanya dengan emel Gmail anda boleh berjaya miliki blog sendiri dengan mudah cepat dan murah sebelum promosi tamat 31 Mei 2018. Lagi cepat anda bertindak lagi cepat anda ada blog sendiri.


Wait No more,
Madam B

 

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!

Total Pageviews