Bantal Kekabu 'Gebu Bena' Popular Sekitar Parit Panjang Kedah. - Jom Affiliate 24/7

Latest

Saturday, 9 June 2018

Bantal Kekabu 'Gebu Bena' Popular Sekitar Parit Panjang Kedah.


Assalamualaikum. Madam B bertiga (Tuan Joy dan baby AR) selamat sampai di Perlis.  Pada famili dan rakan taulan yang mendoakan kemudahan perjalanan kami... terima kasih.  Rasanya dah masuk 10 bulan tak berkesempatan pulang ke kampung 'sejuk' yang tak jauh dengan lokasi pelancongan Gua Kelam. Praise to Allah...most importantly this time AR genap 2 tahun.  'Besar doh awe donde' - Klate quote. 

Bertolak lewat. 

Kami mula gerak dari KB sekitar 12 tengahari .Tapi 'mujur'  trafik masih lagi di bawah kawalan even dah ada yang mula bercuti. Relak dan boleh pecut laju sikit  'supo skalo'.  Memang tak stres,seronok dan tak terasa penat melampau di Ramadan Al Mubarak. 

Tiba seminggu awal demi Syawal. 

Bakal sambut Eid Fitri di Utara eh?  Absolutely yes.. .gitulah nampaknya. In syaa Allah. 

Hari ini Sabtu .Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum we say goodbye to Ramadan. Malam ini setahu saya 'malam ganjil'.  To all muslims teruskan misi mencari Malam Lailatul Qadar di mana jua kita berada. Tapi sebelum itu jom lihat foto  petang semalam sepanjang melalui jalan kampung Parit Panjang (PP) on the way sebelum sampai kampung Perlis. 

Tukar posisi. 

Bagi yang biasa berjalan / memandu  jauh mesti biasa experienced penat and all that. Jadi kami biasa bergilir driving bila sorang dah penat memandu dan sorang lagi bosan duduk belakang. Lainlah kalau bukan bulan puasa. Boleh yumyum. Jalan kampung tak sibuk sekitar hampir masuk jam 5petang. Tak ada masalah nak naikkan jarum meter ke 80 ke 100 km/j. Dalam 10 minit, kami melintasi kedai kecil menjual bantal bermacam warna.  Wah ni dia tempat jual bantal kekabu original homemade. 

Oh yes all that fluffy pillows .

Inilah masanya. Penantian untuk menambah koleksi bantal boleh dilakukan.  Mesti murahkan? Rasanyalah. Serius...lama dah nak singgah beli bantal kabu.  Baru hari ini berjaya.  Setelah 4 tahun.  Lama sungguh. Jadi pada anda yang kebetulan lalu sini atau teringin 'nak tidur' berbantalkan kekabu gebu gebas sila dapatkan satu dua tiga biji di sekitar Parit Panjang. Tak nyesal punya. 

Nilai bantal kekabu hari ini. 

Rasanya harga tak jauh beza antara mereka.  Jadi boleh beli mana-mana kedai. Tapi di Kota Bharu boleh cecah nilai 30 sebiji. Jom jamu mata foto saya ambil.  Cekidaut. 








Berapa sebiji?

Pada mulanya penjual meletakkan nilai 28 sebiji.  Itu kalau cuma nak sebiji. Tapi selepas 'nego' kita mendapat ofer 25 sebiji.  Saya serius nak beli bantal mereka. Akhirnya dengan izinNya dan mungkin dah rezki kami cikadik jurujual meletakkan nilai istimewa 2 biji 46. Okay deal!

Ps. Nak tengok video pilihan madam b sempena Raya.  Tunggu entri selepas ni deh.

Misi mencari malam 1000 bulan,
Madam B


No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!