Contoh Soalan Psikometrik Untuk Calon Bakal Duduki Ujian Selepas Raya 2018 - Jom Affiliate 24/7

Latest

Saturday, 16 June 2018

Contoh Soalan Psikometrik Untuk Calon Bakal Duduki Ujian Selepas Raya 2018


Menurut sumber Wikipedia. 

Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuranpendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan. Baca selanjut di sini. 

First and foremost.. .

Calon ada masa 9.52 saat untuk jawab 1 soalan. Jadi anda disarankan JANGAN 'over thinking' atau 'spend too much time'  semasa menjawab soalan di seksyen ini.

Menurut satu lagi sumber yang saya baca sebelum ini dan sudah tentu ini boleh dipercayai untuk saya kongsi.

It's  all about. ..

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda
menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap
anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai
anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri
anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa
diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini adalah berani mencuba, tidak takut
gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada
diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak
lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima
pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang
yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan, perwatakan
kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang saya yakin anda semua boleh agak.

Anda tidak perlu menjadi hipokrit dengan hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih
untuk mengeluarkan kualiti baik dalam diri anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Soalan dirangka pakar psikologi.

Merekalah yang bakal menentukan
kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa
konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk
memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang.

Mari lihat contoh soalan yang bakal memerangkap calon berdasarkan ciri
positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya
bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan
orang lain’.

Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya
adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan
dan pandangan orang lain’. Cuba bayangkan semua soalan di atas
‘diselerakkan’ di dalam 126 pernyataan, boleh anda pastikan yang anda
memberikan jawapan yang konsisten?

Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda! JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.
Saya setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang
membawa kepada kesimpulan ini;
“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

Cuba bayangkan begini situasinya;
[SOALAN NO 1] Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
[SOALAN NO 43] Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain
mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya
lakukan.
[SOALAN NO 60] Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan
utamakan idea saya.
[SOALAN NO 107] Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data
sendiri.
[SOALAN NO 126] Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Anda rasakan jawapannya adalah sama untuk kesemua 5 soalan di atas. Jika
anda baru sahaja menjawab 100 soalan dan masa sudah suntuk dan anda
memilih untuk hentam/tembak, berapa kebarangkalian yang anda akan
memberikan jawapan yang sama untuk kesemua 5 soalan tersebut?

Anda nampak bagaimana pilihan anda untuk ‘hentam/tembak’ BAKAL
membunuh anda? Anda nampak sekarang kenapa ramai calon gagal?

Tiada konsistensi! 

Seolah-olah anda sedang ‘menipu’ dalam menzahirkan personaliti/minat/kecenderungan anda. Malang sungguh jika berlaku begini.
Masalahnya ialah masa. Sebenarnya soalan ini memang sudah dirangka dalam
masa yang mencukupi untuk anda menjawab semua soalan tanpa berfikir
panjang dan dengan cara itulah baru personaliti/minat/kecenderungan anda
datang dengan tepat dari diri anda (yang anda lakukan seharian) dan bukan
dari pemikiran dan tips penting ialah, jawab sepantas mungkin, jangan banyak
berfikir!
Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Sebab
itu pada bahagian awal penerangan ini kita nyatakan secara umum apa itu
yang positif dan apa yang negatif supaya anda tahu secara umumnya dan
tanamkan dalam benak fikiran anda penilaian ini supaya nantinya ianya keluar
dengan automatik melalui hati anda.
Bahagian ini disusun bertujuan untuk mengukur kesesuaian psikometrik calon
untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dalam seksyen ini anda
dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab
dengan jujur, berdasarkan kepada diri sendiri dengan mempamerkan nilai-nilai
positif.
Bagi saya seksyen ini sangat menyeronokkan dan percayalah, anda pasti
tersenyum ketika menjawab soalan ini nanti. Yang merangka soalan ini adalah
pakar dan ianya seolah-olah mencungkil rahsia anda sendiri.
Hanya 1 cara sahaja untuk anda dapat menjawab dengan tenang dan mudah
iaitu melalui banyakkan buat latihan soalan Psikometrik.

Dengan banyak buat latihan, anda takkan terkejut apabila melihat soalan
Psikometrik kali pertama nanti. Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan calon yang gagal adalah mereka
yang tak tahu bentuk soalan dan hanya berpandukan info yang mereka cari
dalam internet sahaja. Bukan tak boleh cari info mengenai soalan psikometrik
melalui internet tetapi bentuk soalan exam adalah sangat kurang dalam internet.
Anda perlu faham, bentuk soalan SPA adalah berbeza.

Jom lihat contoh soalan psikometrik.


1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
 A. Ya
 B. Tidak
 C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya
 A. Ya
 B. Tidak
 C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah
kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
 A. Ya
 B. Tidak
 C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
 A. Ya
 B. Tidak
 C. Tidak Pasti

7. Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya
kerana dia merupakan rakan baik saya.
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

9. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

10. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian
cemerlang
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

11. Apabila tidak dapat menyiapkan kerja, saya rasa takut
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

12. Kerja akan sempurna juga jika mengambil masa yang lama
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

13. Berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang latihan formal tiada masalah bagi saya
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

14. Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

15. Buku-buku dalam bidang falsafah dan psikologi adalah sumber bacaan kesukaan saya
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

16. Sebelum memulakan kerja-kerja lain, saya akan menyelesaikan kerja terdahulu
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

17. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, saya sentiasa sanggup melaksanakan sesuatu tugas dengan baik
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

18. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

19. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

20. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
 A. Setuju
 B. Tidak setuju
 C. Tidak Pasti

Mahu Tahu Lebih Lanjut Soalan Ujian Psikometrik?

Klik. ..


Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!