Dapur Asia Bandar Satelit Pasir Tumboh - Jom Affiliate 24/7

Latest

Thursday, 21 June 2018

Dapur Asia Bandar Satelit Pasir Tumboh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Satu lagi restoran makan bakal dibuka di BSI. Dapur Asia. Raya hari ketujuh kiranya sudah seminggu namun masih lagi sukar untuk jumpa kedai makan berdekatan kalau di Kelantan. Kebetulan saya keluar bersama si kecil tadi dan hanya ini yang kelihatan 'positif' dan nampak menarik dari jauh.

Eat eat eat. 

Orang cakap 'langkah kanan' kalau dapat makan Free. Rupanya baru pagi ini selesai solat hajat sempena pembukaan premis baru. Walaupun saya bercadang nak beli nasi putih lauk campur pada mulanya,  tapi saya dijemput masuk oleh pemilik restoran untuk makan apa yang disediakan. Dan sepanjang makan ada wanita sedikit berusia sudi teman saya makan dan kami sempat berborak ala kadar. Layanan yang baik dan memuaskan oleh pemilik premis.  In syaa Allah saya datang lagi bila rasmi dibuka untuk pelanggan. Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!