Green View Garden Cameron Highlands - Jom Affiliate 24/7

Latest

Monday, 25 June 2018

Green View Garden Cameron Highlands

Assalamualaikum. Helo dan apa khabar?Masih berhari raya?Madam B tiga beranak baru sahaja selamat berhari raya kali kedua di Gopeng semalam selepas bermalam di rumah saudara. Seronok berjalan dan melihat tempat orang. Paling seronok melihat si kecil bertemu dan bermain dengan tiga sepupu yang lebih kurang sebaya. Perjalanan pergi petang khamis dan balik semula ke Kota Bharu pagi Sabtu secara tak langsung memberi peluang untuk kami melalui Cameron, bermula dari Simpang Pulai sebelum tiba di hentian pertama di laluan utama menuju Tanah Rata.  

Green View Garden - GVG


Ada tempat best yang tak sabar nak dikongsi agar anda tahu dan singgah bila datang ke Cameron. Kali ini madam nak kongsi destinasi hentian pertama mesti pergi - must go dari arah Simpang Pulai. Tak lama pun dalam masa tak sampai sejam boleh tiba. Mudah sangat nak jumpa,  terletak di kiri  dan jelas terpampang perkataan Avant Chocolate (kini ada replika dinasor) bersebelahan satu lagi tempat menarik dinamakan Green View Garden. Betul ke best?  Hmmm. Anda boleh lihat sendiri bagi yang belum pernah ke sini.  Bagi yang pernah sampai - kali ini berbeza sebab ada banyak perubahan. 

'Strawberi cinta'. 


Keadaan tanah dan faktor cuaca sesuai bagi 'Si buah cinta' tumbuh dengan baik di sekitar Cameron. Di sini strawberi antara buah yang tak asing lagi segar dipetik dari ladang. 

Ada ke barang best untuk kita beli?

Sudah tentu ada. Cantik dan nampak presentable untuk dijadikan suvenir /hadiah. Apa lagi kalau bukan cokelat, 🍓 dibungkus siap sebagai hamper. Nak makan aiskrim unik dan comel pelbagai perisa pun ada dijual disini. Kanak-kanak mesti suka dengan pilihan sangat banyak berwarna warni pula tu. Menggoda betul aiskrim di sini. Belum makan lagi anda sudah 'cair' melihatnya. Tapi sayangnya foto aiskrim sudah saya ambil cuma terpadam. 


Terlanjur datang ke tempat macam ni biasanya tak lengkap kalau tak rasa makanan atau beli bawa pulang apa yang berkenan di hati. Pada hari tersebut agak ramai pengunjung yang datang tak kira dengan kereta bahkan bas rombongan pun ada.  Bagi saya tempat macam ni menjadi pilihan untuk percutian famili , rakan dan yang tersayang. 



Oh yeah, ada juga sudut penggemar kek. Jangan risau memang ada dan banyak pilihan. Kebanyakkan berelemenkan coklat dan 🍓. Saya ingat lagi agak lama memilih kek untuk takeaway.  Faham-fahamlahkan semuanya nampak 'jelira'. Akhirnya saya terpaksa pilih  indulgence choc.



Menu makan western ala cafe. 



Lihat saja senarai menu dengan saiz sangat besar di atas meja kaunter memudahkan pelanggan memilih dan memesan jenis makanan. Kali ini kita cuba dulu Fish n Chips.  

Magis koi dan kura-kura 'ajaib'.

Di kawasan tempat makan cafe terdapat kolam menempatkan berasingan ikan koi dan beberapa ekor 'ninja 🐢 '. Seperti biasa oleh sebab ada si kecil yang sukakan haiwan maka kami memilih meja berdekatan dengan kolam koi.



Keseronokan swafoto. 

Suasana dalam GVG yang hijau seperti taman penuh warna warni berjaya buatkan kita rasa segar dengan udara sejuk tapi nyaman.  Banyak lokasi unik di dalam yang sesuai bagi mereka yang suka aktiviti berfoto.










To be frank,  terlalu banyak foto yang berjaya kami capture. As usual,  cukup ini sahaja untuk perkongsian percuma. 

Untuk pengetahuan, ini kali kedua kami berkesempatan menjejakkan kaki di sini. Ada peluang mahu singgah lagi kerana kami tak sempat memasuki Avant 🍫 .

Diharapkan foto-foto 'gigih' yang berjaya diambil menjadi inspirasi untuk anda singgah di sini satu hari nanti. Bersama yang tersayang. Enjoy! 

PS.  Anda berminat mahu ada blog  bagi mengabadikan foto menarik bersama yang tersayang tapi tak tahu cara asas untuk mula. Hanya hubungi saya Madam B. Anytime as you please. Takeheart. 

Have a nice trip, 
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!