Sumbangan Ikhlas Demi Aisy Firdawsi Di Bulan Ramadan - Jom Affiliate 24/7

Latest

Monday, 11 June 2018

Sumbangan Ikhlas Demi Aisy Firdawsi Di Bulan Ramadan


Aisy Firdawsi yang lahir di usia kandungan 38 minggu/ berat 1.8kg

Assalamualaikum.  Kurang seminggu dari hari ini kita umat islam akan menyambut Aidilfitri. Apa khabar puasa kita semua?   Dan bagaimana dengan amal sedekah kita di bulan penuh barakah ini?

Lupakan seketika buat duit affiliate. 

Saya kira ujian ini khas untuk kita juga yang direzekikan 'sihat'. Mungkin Allah nak lihat apa respon kita. Kali ini saya kongsikan (selepas mendapat izin dari ibu Aisy sendiri secara WhatsApp)  sesuatu berbeza dari yang  biasa saya kongsi. Selalunya saya cenderung bercakap mengenai aktiviti cara jana wang di rumah gaya affiliate.  Di sini saya mahu mengajak pembaca budiman lagi penyayang 'menjana pahala' sambil beramal agar harapan si kecil untuk sihat menjadi realiti. 

Sumber dari FB Azrina Betty
Jom sama- sama kita renung betapa bertuah,beruntung dan sihatnya kita (terutama anak-anak kita) dengan kehendakNya. Diharapkan apa yang saya paparkan mendapat perhatian seterusnya mendidik diri agar sentiasa ingat, mahu dan terus bersyukur. Ya..bersyukur dengan apa yang ada di tangan kita. Dan terus usaha. 




Samanya kita kerana pernah diuji cuma bentuk ujian berbeza. 

Pertama kali terbaca kisah ini saya teringatkan anak sendiri. Dulu saya pernah diuji apabila hamil luar rahim. 'Buah cinta' terpaksa dibuang kerana berkembang dan berada dalam tempat yang tak sepatutnya. Tapi Allah hadiahkan zuriat sendiri yang sihat cerdas sebagai ganti dalam masa kurang dua tahun.

Masih belum terlambat beramal di bulan Ramadan. 

DIA gerakkan hati ini untuk membantu. Saya yakin ini rezeki Tuhan untuk hambaNYA yang terpilih. Rezeki tak pernah salah alamat. Setelah minta izin dan mohon pengertian dari pasangan kami setuju menyumbang sekadar mampu. Didoakan bayi bernama Aisy Firdawsi akan memperoleh kesembuhan total bila tiba masanya. Tugas kita adalah membantu,  berikhtiar , sabar,  yakin dan berdoa selalu.  Hanya Allah yang mengetahui.

Bagi anda yang ada kelapangan rezeki dan ikhlas mahu membantu secara sumbangan boleh hubungi Puan Azrina di talian 0182709693.

PS., Moga ibu terpilih ini diberi kekuatan dalam menemani perjuangan si comel yang kuat.

Jom jana pahala,
Madam B

No comments:

Post a Comment

Your Words Here Reflects Your Mind. Share Your Best Words. Gracias!